Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAirF BAKTI HANDS OVER DONATION TO PANTAI BERAKAS PRIMARY SCHOOL

Berakas Garisson, Thursday, 10 March 2022 – RBAirF BAKTI hands over its first annual donation to Pantai Berakas Primary School today. Present to hand over the donation was Yang Mulia Datin Noraidah binti Haji Ibrahim, the head of RBAirF BAKTI. Receiving the donation on behalf of the school was its Headmaster, Cikgu Sharinah binti Haji Shahbudin.

Pantai Berakas Primary School was established in 1985. There are a total of 214 students who are mostly the children of RBAF personnel. This also includes 30 special needs students, consisting of 12 autism students, 14 students with speech and cognitive delay, 2 students with vision problem and 2 students with celebral palsy. The contribution is from the BAKTI RBAirF members as an annual charity activity and is handed over to the schools within the RBAF camps. The ceremony was held in accordance of the COVID-19 guidelines and SOP from Ministry of Health.



BAKTI TUDB MENYERAHKAN SUMBANGAN DERMA KEPADA SEKOLAH RENDAH PANTAI BERAKAS

Berakas Garison, Khamis, 10 Mac 2022 – BAKTI TUDB telah menyerahkan sumbangan derma tahunan yang pertama kepada Sekolah Rendah Pantai Berakas pada hari ini. Hadir untuk menyerahkan sumbangan tersebut adalah Yang Mulia Datin Noraidah binti Hj Ibrahim, Ketua Cawangan BAKTI TUDB. Hadir sebagai wakil untuk menerima sumbangan tersebut adalah guru besar kepada sekolah tersebut, Cikgu Sharinah binti Haji Shahbudin.

Sekolah Rendah Pantai Berakas ditubuhkan pada tahun 1985. Seramai 214 orang murid belajar disekolah berkenaan yang mana kebanyakan mereka adalah anak-anak anggota ABDB. Sekolah berkenaan menempatkan seramai 30 orang murid yang berkeperluan khas yang mana 12 daripadanya adalah anak-anak autisma, 14 murid yang mengalami kelambatan dalam perkembangan kognitif dan pertuturan, 2 orang murid dengan masalah penglihatan dan 2 orang murid dengan masalah celebral palsy. Sumbangan tersebut adalah dari ahli-ahli BAKTI TUDB sebagai aktiviti amal tahunan dan diserahkan kepada sekolah-sekolah yang berada di dalam perkhemahan ABDB. Acara tersebut dikendalikan selaras dengan SOP dan garispandu COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan.